SEJARAH SEKOLAH
Sejarah sekolah ini bermula pada tahun 1947. Pada peringkat awal, bangunan sekolah ini hanya beratap rumbia,berdinding sekerat dan berlantaikan tanah, yang dirikan secara usahasama oleh penduduk sekitar kampung sungai sekamat di atas sebidang tanah wakaf kepunyaan Allahyarhamah hajah Shamsiah binti Mohd Jali.
Pada masa itu,ia dinamakan Sekolah rakyat di mana Puan Hajah Shamsiah sendiri telah menjadi tenaga pengajar yang pertama di situ selama 3 bulan. Beliau telah menamatkan perkhidmatnnya setelah seorang guru besar telah dihantar untuk berkhidmat di situ oleh kerajaan, iaitu Encik Mohd. Ali bin Abdullah. Pada 1hb Sept. 1964, pihak kerajaan telah menguruskan pembinaan sebuah bangunan yang baru di atas sebuah tapak yang baru juga iaitu tapak bangunan sekarang. Pada 22hb Jun 1964, bangunan baru siap dibina dan mula digunakan. Bangunan tersebut terdiri daripada 6 buah bilik darjah dan sebuah bilik guru besar. Ketika itu terdapat 209 orang murid dengan 10 orang tenaga pengajar termasuk guru besar. Bangunan sekolah berkenaan telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Mohd Khir Johari iaitu Menteri Pelajaran Malaysia (ketika itu) pada 15hb Julai 1965. Pada 6hb 1983, sebuah bangunan 3 tingkat telah didirikan dan digunakan bagi menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah seiring dengan bertambahnya penduduk di sekitar Kampung Sungai Sekamat itu sendiri. Bilangan pelajar telah meningkat sehingga 360 orang.Tenaga pengajar juga telah bertambah kepada 15 orang. Bangunan baru tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Khalil bin Yaakub iaitu Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu. Pada tahun 1995, sebuah bangunan baru tiga tingkat yang terdiri daripada 12 bilik darjah, telah siap dan digunakan.Bilangan murid ketika itu telah meningkat kepada 1400 orang dengan 65 orang tenaga pengajar.Pada tahun 2000, sebuah bangunan baru telah didirikan dengan kelengkapan 10 bilik darjah, sebuah makmal dan sebuah bilik khas untuk Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Pada ketika itu bilangan pelajar telah meningkat kepada 1700 orang dengan 86 orang tenaga pengajar termasuk kakitangan sokongan. Pada tahun 2001, sebuah pavillion telah didirikan hasil usaha PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat untuk kegunaan para pelajarnya.Buat masa ini, pavillion tersebut dalam proses peningkatan taraf. Pada tahun 2001 juga, terdirinya sebuah surau baru bagi menggantikan surau lama yang telah dirobohkan untuk mendirikan pavillion tersebut.